Nura Shofia
Mendapat Pendidikan awal di Maahad Al-Sabirin Ayer Lanas Jeli Kelantan, beliau merupakan anak jati Negeri Cik Siti Wan Kembang, berasal dari kampung Dabong. Terus mengorak Langkah menyambung pendidikannya di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam bidang Syariah dengan Undang-undang.
Memulakan kerjaya sebagai peguam syarie, dalam masa yang sama beliau menjadi fasilitator di beberapa Syarikat konsultan. Minat yang cukup mendalam membuatkan beliau fokus kepada kepada training consultant, sehingga beliau tekad untuk bekerja di CSQ Training & Consultancy sebagai pembantu jurulatih, seterusnya beliau dilantik sebagai pegawai pemasaran di syarikat tersebut.